Thursday, April 16, 2009

New Born


Lupa nak upload gambar baby baru. Anis Humaira adalah anak saudara. Beza lebih kurang sebulan aje. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 16/3

Wah... lamanya tak update blog. lebih sebulan... mcm2 benda nak lapor. tp tak tertulis. hehehe...
forex aku pun tak berapa bagus. sekali sekala trading asyik loss aje. skrg dah kena margin call. hehehe... nampaknya sistem yg aku tengah kaji masih blm aku fahami betul2. tgk member lain guna sistem yg sama tp profitable. maknanya yg bermasalah bukan sistem tp aku sendiri. masih blm mahir... hehehe. tp jgn putus asa. market tetap ada kat situ. aku kena baca balik dan tengok apa yg terlepas pandang. utk makluman, sistem yg aku tengah kaji adalah trading chaos. wiseman 1-3. TRADING IS WAITING...

nnt aku akan kongsi maklumat sistem tu dgn rakan2 yg lain. happy trading... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, March 7, 2009

Diari 7/3

Minggu ini tiada yg istimewa berlaku. Cuma aku sedang melayani pelbagai ebooks bg menambahkan pengetahuan. Lagi banyak yg dibaca lagi terasa betapa ceteknya pengetahuan aku dalam forex. Disini aku nak kongsi satu link dalam forum yg menyediakan banyak ebooks utk disedut. Selamat memorex... :-)

Link: http://elitetraderfx.com/forum/showthread.php?t=198

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, March 2, 2009

Diari 2/3

Hari nie aku jumpa satu lagi blog yg bagus utk dikongsi bersama. nickname dia sugarush. orang pompuan. Dia ada tulis satu ebook yg bagus utk beginner. 180 pages... tak salahkan belajar dgn pompuan. yg penting ilmu tu berkat. :-)

kalau ada sapa2 yg nak ebook tu boleh la bg kat aku email. aku bg free je. sugarush pun dah halalkan utk dikongsi semua. semoga dimurahkan lagi rezeki dia. ameen... :-)

nak tengok blog dia boleh click kat senarai link.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Sunday, March 1, 2009

Diari 1/3

Hari nie aku nak kongsi satu blog yg adik mie bg kat aku. Blognya bagus sbb ada daily forecast. Boleh dijadikan rujukan utk belajar dan open trading. Abg Mat nie org lama. Kalau nak kenal dia boleh hubungi terus dgn telefon. Dia jugak adakan kelas forex. Newbie mcm aku mmg perlukan sangat orang lama mcm abg mat supaya bertambah lg ilmu forex aku. Kalau nak tengok blog dia boleh click kat senarai link aku... moneyadsBlog. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 27, 2009

I'm Back

Hehehe.. Tiru trademark Terminator. I'll be back.

Salam forex buat rakan seperjuangan. macam mana trading terkini? Diharapkan semuanya okay. Keseluruhan trading aku tidak berapa bagus. Tumpuan hilang... good luck to me. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 13, 2009

Analisis 12/2

The results were:

EURUSD -64-16
USDCHF -14
EURCHF -16
GBPJPY 4+35
GBPUSD 3+5

Total loss = -63

Semalam harga sebelah petang bergerak agak berlainan. Sebahagian besar matawang utama menurun agak drastik. Harga yg aku pasang jugak tidak mengikut arah yang biasa. Nampaknya aku kerugian secara keseluruhan. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 13/1 Warded

Hari ini agak sibuk. Dari pagi menguruskan kemasukkan isteriku ke hospital. Ada sedikit komplikasi. Kena masuk hospital hari nie. Lepas scan di klinik Bota, terus hantar ke hospital manjung. Ku harap segalanya dipermudahkan olehNya. Ameen...

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, February 12, 2009

Analisis 10/2

Terlupa!!!

GBPJPY 10+11+14= 35
GBPUSD 10
EURUSD 10
EURJPY -25+15= -10

Green pips = 45 and 6/7= 88% success. Alhamdulillah.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 11/2

The results were:

USDCHF 15+14 = 29
EURCHF 15
GBPJPY 1
USDJPY 24-12 = 12
EURJPY 5

Total green pips = 65 pips and 6/7= 86% success. Alhamdulillah.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Tuesday, February 10, 2009

Analisis 9/2

The results:

USDJPY 10
EURJPY 10+10+10+10 = 40
GBPUSD 10
GBPCHF 10+10+10-55+12+5 = -8
USDCAD -38+5 = -33
EURUSD 10+10 = 20

Total green pips = 29 pips with 14/16= 88% successful trading.

I had came across with the concept of risk reward analysis. But I did not pay attention to the topic. May be because it was not important at all. But after today's analysis, I found that with 88% successful trading, my pips has been eroded with only 12% wrong decision. I hope that I can share this issue in the future. Happy trading traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, February 9, 2009

Diari 7/2 A New Strategy

Dengan masalah komputer aku, aku terpaksa merubah strategi trading aku. Kejap ada kejap tak de power dah jadi macam biskut pulak. Terpaksa aku 'jerat' position dengan TP yg rendah kerana aku tak boleh nak monitor sangat pergerakkan harga. Tumpuan aku tidak lagi 100%. Aku kena open position secepat mungkin sebelum komputer padam dan melihatnya kemudian. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku rasa 10 pips sudah memadai.

Salam perjuangan buat rakan2 traders semua. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Tips 4: Low Pips High Return

Konsep pelaburan yang biasa digunakan adalah High Risk High Return. Tapi di dalam forex, saya mencadangkan konsep berbeza. Dengan pengurusan kewangan (money management) yang baik, forex boleh menghasilkan extra income yg baik. Saranan saya melalui konsep ini adalah melakukan trading dengan target profit yg sederhana untuk jangkamasa yang panjang. Saya yakin dalam tempoh 2 tahun anda mampu menggandakan pelaburan anda lebih dari 1000%. Target profit yang tinggi dalam trading sukar dicapai. Bersederhana agak mudah untuk digapai. Cuma jangan bermimpi untuk menjadi jutawan dlm masa yg singkat. Sikap ini akan menjadikan anda seorang yg hilang sabar. Greedy akan menyebabkan anda hilang pertimbangan dan melakukan kesilapan dalam trading. Kekalkan momentum keuntungan yang sederhana tapi berpanjangan. InsyaAllah anda boleh berjaya.

Nasihat saya pada diri saya adalah stay at the acceptable low but survive for a long foreseable future. LOW PIPS HIGH RETURN... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Sunday, February 8, 2009

Analisis 6/2

The results were:

USDCAD 29
EURJPY 19+9 = 28
GBPCHF 30

Total profits = 87 pips. Trading results were 100% perfect. Alhamdulillah... :-)

As per last 2 weeks, trading on friday was really unexpected. The trend changed without warning. We should prepare ourself with unbelieveable market. Even I had to hold my breath a few times along the process. God luck traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 6, 2009

Analisis 5/2

The results were as follows:

USDJPY -13+2 = -11
GBPCHF 19
EURUSD 9-19 = -10
GBPUSD 15+41 = 56
USDCHF 49
GBPJPY 27

Total green pips was 130. Trading success 7/9= 78%. Alhamdulillah

The price was bounce at 3.30pm. During these period traders from Great Britain started entering the market and Japanese was securing their position. Therefore the numbers of active traders during the interception has increased and reversed the trend. Syukran... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 6/2 Nekad

Selepas aku ambil laptop dari kedai, aku nekad utk operate sendiri laptop aku. Memandangkan dah takleh nak repair, kalau repair pun dgn kos yg tinggi, aku cuba teruskan hobi aku sejak kecil iaitu memerhati dan me'repair' barang2 elektrik. Kot2 mana tahu ada benda yg aku sendiri boleh buat. Tapi kalau ikutkan expert dah kata tak boleh, apalah yg terdaya lg aku buat. Tapi memandangkan itu hobi aku sejak kecil, apa salahnya aku nak tengok isi dalam komputer tu.

Bermula dgn bahagian belakang, aku buka skru satu2. RAM, harddisk, wireless card, cd-rom, kipas aku berjaya buka. tak de apapun. Bahagian depan plak aku teroka. Buka keypad, buka skrin LCD, kemudian bahagian paling sukar, motherboard. Makan masa 2 hari jgk la. Maklum la buat masa lapang. Semalam aku perhatikan motherboard tu betul2. Aku buka skru kat tengah, ntah apa benda tapi bersambung dgn blower kat tepi. Macam batang paip pun ada. Lepas tu aku cabut card tu. Ditutupi oleh plastik, siap gam lg. Aku perhati betul2. Laaa.. ada semut halus rupanya. Terlekat dekat plastik. Banyak ekor plak tu. Depan belakang ada. Aku buang semut2 tu sbb aku syak mungkin ada berlaku pintasan kat situ. Lepas buang semua benda, sapu2 dgn berus apa yang patut, siap tiup2 lg (jampi skit), aku pasang balik. Bab nie teruk jugak sbb lupa tadi macam mana buka. Nak pasang jenuh pikir balik. Siap2 pasang tengok ada wayar skrin yg belum disambung. MasyaAllah... tertinggal la plak. Terpaksalah buka balik. Ada beberapa bahagian body yg patah. Kasar sangat kot aku buat. Akhirnya berjaya jugak aku pasang balik. Berdebar jugak aku samada experimen aku nie berjaya ke tak. Bini aku duk usha kat belakang. Siap berdiri jauh2 takut meletup. hahahahaha...

Alhamdulillah... elok balik. Gambar keluar dah cantik. Tak de dah belang2. Apa lagi aku pun buka la MT4. Siap boleh close position lg. Ada satu yg aku tinggalkan masa kat pejabat dalam keadaan open position. Tengok2 dah 37 pips. Agak2 dah ok aku close at 49 pips.

Dalam setengah jam gitu, tiba2 laptop aku terpadam. Laaa... masalah baru plak. auto shut down... pagi nie pun aku try mcm tu jugak. Kena la operate balik. Tak tahu bila nak ok balik nie. Harap2 operation kali ke-2 nie berjaya jugak. Atau ada sapa2 tahu apa masalahnya dgn laptop aku tu? :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, February 5, 2009

Diari 5/2 Sesak Nafas

Saje nak kongsi perasaan aku hari nie. Masa rehat kerja tengahari nie aku rasa sesak nafas jugak bila 5 pairs yg tengah open position dalam keadaan loss. Aku harap market akan reverse ptg nanti. insyaAllah... just get ready to cut loss if the conditions becoming worst. :-)

Wish all traders good luck with your tradings... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 4/2

Results for the tradings were as follows:

EURUSD 2+62-48+25 = 41
USDJPY 3
GBPCHF -11
GBPUSD 38+4 = 42
GBPJPY -54+7+6 = -41

Overall results was a green pips of 34, successful trading was 8/11=73%.

GBPJPY is always difficult to predict. The movement level always too fast and traders should carefully study and take precautious action against the movement. Willingness to cut losses is necessary when the time is due. I had to cut loss on 2 pairs which were EURUSD -48 and GBPJPY -54 when the market was out of control. You must have courage and determination to complete the process. I did... :-)


5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 4/2 Laptop Expired

Nampaknya laptop aku x dapat diselamatkan. Semalam tuan kedai bagitau dia tak boleh nak repair lg dah. Bukan masalah virus ttp lebih kpd teknikal. Samada lcd atau motherboard. Dua2 memerlukan kos yg tinggi. Kos repair dalam RM800. Nampaknya aku kena pikirkan alternatif lain jika nak trading kat rumah. Samada repair laptop atau beli PC yg baru. Ini merupakan ujian buat aku yg baru nak berjinak2 dgn forex. Semoga jalanku dipermudahkan olehNya.

Salam perjuangan buat rakan2 traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, February 4, 2009

Diari 3/2 Rayuan ke MRSM/SBP

Seharian aku berada di KL menguruskan rayuan permohonan kemasukkan ke SBP & MRSM. Anak aku teringin sangat ke sana. Jadi sempena cuti jubile perak, aku meluangkan masa bersamanya ke sana. Seawal pagi aku dah bertolak, lebih kurang jam 11 aku dah berada di bangunan MARA jalan raja laut. Serahkan borang kpd en. basir, aku terus ke bawah jumpa dgn Mre. Lps lunch aku menuju ke Putrajaya. Berhenti di MOE kat Presint 1 bangunan E2, hari dah hujan. Terpaksa menapak dlm hujan sbb parking jauh. Naik tingkat 4 untuk hantar surat rayuan SBP. Lepas tu menuju ke Presint 2 ke kementerian keusahawanan dan koperasi. Naik tingkat 15 utk hantar surat rayuan. alhamdulillah slesai.. semoga harapan anak aku tercapai. Sampai rumah hampir kul 10 mlm. Sempat la tengok Hujah kat TV9 dgn tajuk Ke arah sistem 2 parti.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 2/2

Setelah lama berehat, sempatlah aku trade pada hari isnin lepas. Berikut adalah laporannya:

GBPJPY 54+30+16+15-22 = 93
GBPUSD 3+17 = 20
USDCHF 12+5-15 = 2
EURUSD 1-17+2 = -14
GBPCHF -11

Net gain = 90 pips

Out of total 14 position, 4 was lost. Therefore, successful trading was 10/14 = 71%. Alhamdulillah.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, February 2, 2009

Tips 3: Memberikan 120% Tumpuan

Concentration amat penting. Kalau boleh jangan ada gangguan langsung masa trading. Jika full time trader, masalah ini tak timbul. Mereka ada masa rehat secukupnya dan boleh memberi tumpuan sepenuhnya masa open position. Tapi bagi part time trader macam saya, tumpuan boleh terpesong atas sbb yg tertentu. Oleh itu saya kenalah lebih berhati-hati dan cuba seboleh mungkin agar tiada ganggu di persekitaran.

Nasihat saya pd diri saya agar memastikan 120% tumpuan diberikan dalam urusniaga forex.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 2/2 Rehat Hujung Minggu

Hujung minggu ku habiskan dgn membaca bahan2 yg ada dalam simpanan. Memandangkan laptop aku masih di ICU, aku tak ada bahan rujukan yg lain. Walaupun telah beberapa kali dibaca namun aku merasakan masih ada yg terlepas pandang. Jadi pengulangan bukanlah satu masalah. Malahan ebook tersebut membolehkan aku lebih memahami dunia forex. Inilah hikmahnya jika tak boleh nak trading. Terpaksa menelaah balik.. hehehe

Haniff ada bertanyakan aku samada aku menggunakan asas teknikal atau fundamental utk trading. Memandangkan aku beberapa kali cuba jawab di cbox tp rejected, rasanya kat sini pun boleh. Sebelum menjawab soalan, pada aku kedua2nya amat penting. Fundamental boleh memberikan impak yg amat besar sekiranya maklumat yg disiarkan sangat relevan dgn pasaran semasa. Jadi kita tidak boleh mengabaikan maklumat semasa malahan perlu sentiasa reactive dan proactive dgn berita yg bakal dikeluarkan. Namun buat masa ini penumpuanku lebih kepada teknikal krn ia juga boleh menjadi panduan membuat keputusan di saat ketiadaan maklumat yg relevan & reliable.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, January 30, 2009

Diari 30/1 Menunggu Berita

Hari ini belum ada apa2 kabar berita dari kedai pc. Nampaknya aku masih lg termenung malam nie. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, January 29, 2009

Tips 2: Sanggup Menanggung Kerugian

Apabila kita bersedia memasuki pasaran, maka kita kenalah bersedia pulak dgn risiko kerugian. Ada pelbagai cara yg boleh digunakan. Cara yang biasa adalah dengan meletakkan SL. SL ini boleh diletakkan berdasarkan pengalaman masing2. Bagi pair yg sgt aktif spt GU, sebaiknya SL melebihi 50 pips. Pair yang lain boleh la diletakkan 30 pips ke atas.

Walau bagaimanapun ada pelbagai pro and kontra berkenaan SL. Ada trader yang tidak suka meletakkan SL. Namun sekali lagi ia bergantung pada trader itu sendiri. Ini berdasarkan pengalaman masing2. Jalan yang paling selamat bg newbie adalah dgn meletakkan SL apabila open trade. Bagi saya sendiri ketika mula2 trade saya meletakkan SL. Tapi kini saya jarang meletakkan SL krn saya sendiri yg akan mengawal jumlah kerugian saya. Tapi saya akan pastikan saya sentiasa memantau harga semasa. Lebih baik close trade dan rugi skrg daripada mengharapkan keajaiban pasaran utk kembali untung yg belum tentu bila masanya.

Pesanan saya utk diri saya jangan takut berhadapan dengan risiko. Sentiasa bersedia utk close trade sekiranya pasaran tidak menentu walaupun ketika mengalami kerugian.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 28/1 Laptop... :-(

Semalam laptop masih blum ok. member tak boleh nak repair. pagi nie hantar ke kedai jgk. katanya lambat sbb laptop payah skit nak repair. nampak cuti panjang la aku dari aktiviti forex. jemu jgk kalu tak de trading. tapi masa yg terluang nie boleh la aku tambah ilmu dgn membaca. I wish you all good luck in your future trading... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, January 28, 2009

Tips 1 - Banyakkan Bersabar

Mulai hari nie aku nak kongsi beberapa tips dari pengalaman aku sendiri. Mungkin rakan2 pun boleh menyumbang sebarang tips yg berguna sebagai panduan utk kita semua. Salam forex :-)

Banyakkan Bersabar
Sabar adalah faktor sikap yg sangat penting. Kadang2 aku terlalu gopoh utk trade hingga terlupa utk memastikan signal dari indikator yg lain yg turut memainkan peranan dalam membantu mengenalpasti trend. Pada aku dgn latihan yg banyak boleh membantu aku agar lebih bersabar dan jgn melulu mengambil keputusan utk open trade. Sikap tergopoh-gapah hanya akan merugikan diri sendiri. Amalan ini bukan sahaja bagus utk diamalkan di dalam kehidupan seharian, malahan ianya berguna utk aku berurusniaga di dalam forex.

Nasihatku pada diriku agar lebih bersabar agar keputusan diambil tidak memakan diri sendiri. :-)
5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 24-27/1 Gathering

Maaf kpd semua rakan perjuangan. Lama aku tak update krn agak busy dgn gathering dan masalah teknikal.

Gathering:
Alhamdulillah semua yg dirancang berjalan dgn lancar. Rakan2 serumah no 406 seksyen 6 shah alam berkumpul di lumut, perak. Pada 26/1 semua selamat tiba dan check-in di Marina Cove Resort jam 3 pm. Program disusun utk permainan anak2 jam 5 ptg ditangguh esok hari krn masing2 penat. Anak2 pn nampak sronok sgt nak terjun kolam. Jd biar la anak2 main kolam dulu. Bapak2 tumpang sekaki. Jam 8 pm kami dinner di Ikan Bakar Lumut. Ikan geruk2 masak masam manis, tomyam, sotong, udang celup tepung, sayur kailam, buah2an dan fresh oren jd habuan perut. Tempatnya sblh hotel je tp terpaksa guna kereta sbb hujan. Selesai makan hantar anak2 dan isteri ke hotel, kami keluar minum di Lumut. Pekena ABC special. Mmg famous ABC nie kat Lumut Water Front. Masing2 duk kira ingredients yg dimasukkan. Sambil duk bercerita pasal masa lalu. Bila dikira anak2 kami yg 7 keluarga nie dah 19 orang. Sem je yg baru 3 tahun kawin blum ada rezeki anak. Semoga 'usaha' mereka berhasil. Jumpa lg 2 tahun harap2 dia dah bawa anak. Esoknya lps breafast, kami buat sukaneka. Seronok sungguh anak2. Bapak2 & mak2 pn ada game jgk. Bini aku yg tgh sarat tunggu haripun tumpang skaki. Nasib baik tak bersalin kat situ. Check out tgh hari kul 1 kami lunch kat pekan lumut. Fully sponsored by landlord (aku la tu) kat Nasi Briani Ayam Madu. Lepas tu jalan2 kat pekan lumut. Cari ape yg patut utk di bawa balik buat souvenir. Program akhir nak pegi ke Taman Monyet terpaksa dibatalkan sebab hujan. 4 famili balik KL, 1 kedah dan 1 Terengganu. Member yg balik KL eksiden kat Lekir. Dia tertidur katanya. Alhamdulillah famili dia tak ade apa. Cuma kereta honda accord je yg rosak. Kereta baru... nasib boleh jalan lg. Jumpa lg di Terengganu pd pertengahan tahun 2010 insyaAllah. :-)

Masalah Teknikal
24/1 laptop kesayangan aku yg selalu digunakan utk trading bermasalah. Skrin kluar garis putus2. Pertama kali jd mcm nie. Aku syak virus. Apa lg... Nak bukak pn hanya boleh ikut safe mode. tu pun kluar garis putus2 jgk. Aku risau fail2 penting aku hilang. Nasib boleh pakai lg walaupun x brapa nak boleh baca. Aku burn fail2 penting kt dvd. tu pun mana2 yg sempat. Hajat hati nak bawa laptop masa bercuti terpaksa dilupakan. Ingatkan nak trade masa raya cina nnt. sedih jgk sbb terpaksa cuti lama.

Skrg aku kat tempat member. Minta tlg dia tgk ape yg tak kena. Semoga boleh settle ari nie sbb dah lama x online. Terima kasih kpd yg sudi bertanya kabar dan berikan nasihat kat Chat box. Salam forex utk semua.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, January 24, 2009

Videos

Below is the content of the videos that have been listed in my blog.

Category : Favourite Forex Techniques
Title : Scalping GBPJPY
Duration : 5.23 minutes

In this video, the trader used the Forex Signal Software in order to calculate the price movement whether on uptrend or downtrend. The M5 and M15 TF were used to identify the Open/Sell trade. If both analysis agreed each other on the direction, then you just follow the trend. The limitation here will be the tools. How we are going to get the software? Anybody pls help.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Videos

Below is the content of the videos that have been listed in my blog.

Category : Favourite Forex Techniques
Title : Easy Forex Strategy
Duration : 9.55 minutes

This video will teach you how to recognise the market trend with the use of MACD and Stochastic indicator. Many users of Stochastic indicator have wrongly interprate the analysis by opening the trade without waiting until the line has go down below the overbought line or move up above the oversold line. The slow line and the fast bar in MACD had also been explain to predict the movement of price.


5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 23/1

Trading hari Jumaat nie memberikan aku satu pengalaman yg baru. Memandangkan esok dan lusa cuti umum, maka forex market pun agak berbeza pergerakannya. Kadang2 terasa sesak nafas bila semua pair dlm keadaan loss. nasib baiklah masih dpt mengawal perasaan.

The incident happen while the time is nearly at 1.00 am. Everybody seems actively buying and selling their pair before lunch at US. So my pairs have drastically change movement and all pairs shown total losses more than 200 pips. Luckily the price move the other way round in less than 5 minutes. Alhamdulillah nearly all pairs had been close with hansom pips. What a relief... hehehe. After 2pm, the market was too slow. I tried to open a few pair but i lost 2 and had to cancel a few since I was not confident anymore with the market.

Actually it was a great experience. Hopefully I'm able to enrich my knowledge with this exposure. InsyaAllah... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 23/1

The results were as follows:

USDJPY 2+35+6-20-22= 1
GBPUSD 1+36+48+20 =105
EURJPY 37+46 = 83
GBPJPY 24+26 = 50
GBPCHF 66-56 = 10
USDCAD 9-12 = -3
___
Jumlah 246 pips

Alhamdulillah... hari ini aku mampu meneruskan trading dgn baik. Segala kerugian telah ditebus kembali. Sekarang statement menunjukkan keuntungan. Segala ilmu yg diperolehi amat membantu dalam trading. Semoga jalan yg kutempuhi akan dipermudahkan olehNya. Ameen

Macam semalam. 3 trading yg terakhir mengalami kerugian di atas kelalaian aku sendiri. Open trade dgn melawan arus menyebabkan aku terpaksa menanggung akibatnya. Over confidence yg trend akan berubah memberikan aku pengajaran yg amat berguna. Kuharapkan dgn menongkah arus akan membolehkan aku mendapat pips hijau yg lebih lebat membahayakan aku. Malahan aku telah lemas dalam arus yg berlawanan. Jangan diulangi lagi perkara tersebut kerana aku telah dinasihatkan banyak kali tapi masih ingin menongkah arus. TREND IS YOUR FRIEND... :-)

From 17 total trading, I lost 4 pair. It can be concluded that winning trade was 13/17 (76%). Climbing up to the mountain is easy but to maintain our existance on the top point is more painful. Hopefully my sifu cikgu ran and beloved friends will always show me the road to success. Salam perjuangan... :-)

p/s: Selepas melakukan trading terakhir, tangan ini masih 'gatal' utk melihat carta dan open trade. Kesannya aku terkena pip merah spt berikut:

USDJPY -12-16=-28

Kenapalah emosi aku masih lg belum terkawal. Fuh... kena banyak sabar nie. Banyak lg kena belajar. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, January 23, 2009

Analisis 22/1

The following was the results:

GBPUSD 125 pips
USDCAD 89
EURUSD 18
USDCHF -20
EURUSD -18

Keseluruhan adalah untung 194 pips. Alhamdulillah... nampaknya saya spt dah blh agak trend market. Harapan saya semoga apa yg saya fahami adalah tepat dan dapat membantu saya dalam mendapatkan pips hijau pada masa akan datang.

Cuma apa yg agak dikesalkan adalah 2 trading terakhir dimana saya kerugian -38 pips. Saya tidak monitor trading tersebut krn dah jam 1.30 pg. esok nak kerja. lama sungguh price ranging. jadi terpaksalah saya letak SL. Semoga perkara tersebut tidak berlaku lg.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 21/1

Mmg aku agak bz dgn tugasan harian. Tak mampu hendak menulis dalam diari harianku. Sudah 4 hari tertangguh. Tambahan pula dgn kerugian harian yg agak besar membantutkan diri utk duduk dihadapan komputer. Banyak waktu digunakan utk ber'tafakur' memikirkan kesilapan strategi yg perlu diperbetulkan. Dengan bantuan rakan2 saya yakin akan terus ke hadapan. aku tidak ingin menoleh ke belakang lg. Yakin boleh... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Signal

Nampaknya signal pertama saya tidak mengena. Harga tidak menyentuh price resistance. Walau bagaimana pun tiada kerugian berlaku kerana trade belum on lg. Nampaknya saya kena lebih hati2 dgn signal yg akan datang. Semoga saya boleh perbaiki strategi akan datang. Good luck.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, January 22, 2009

Analisis 19-21/1

Result hari-hari tersebut adalah spt berikut:

19/1

USDJPY -30 pips
USDCHF 6
USDCAD -50
USDCAD -200
USDJPY 3

20/1

USDJPY -31 USDCAD -30

21/1

USDCHF -30 EURUSD -64 USDCHF 26 EURUSD 50

Jumlah kerugian utk 3 hari tersebut adalah -359 pips. Sekali lagi saya dipengaruhi oleh emosi semasa trading. Masalah ini masih menghantui saya. Saya masih mencuba utk menguasai keadaan dan sedang belajar mengawalnya. Diharapkan rakan2 dapat memberikan tips yg berguna. Saya doakan rakan2 seperjuangan akan terus berjaya dalam dunia forex ini.

Namun 2 trading terakhir memberikan pips hijau berjumlah 76 pips. Semoga aliran ini akan berterusan dan memberikan momentum yg kuat bg saya meneruskan azam tahun 2009 ini. Salam perjuangan utk semua. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, January 21, 2009

Update

Anda boleh belajar melalui senarai video yg saya baru kemas kinikan untuk penambahan ilmu. Diharapkan ianya berguna pada kita semua bg meningkatkan kemahiran diri. Salam perjuangan.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Signal

Sekadar berkongsi analisis yg aku pelajari daripada pelbagai bacaanku. Kuharap ianya membuahkan hasil. :-)

GU

Sell Limit 1.4249
SL 1.4299
TP 100-300 pips

Harga dijangka akan melonjak naik tetapi tidak melepasi tahap resistance 1.4289. TP agak tinggi tp harga semlm telahpun melepasi 400 pips. Terpulang kpd individu berapakah target keuntungannya. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 20/1

Tiga hari tak menulis di blog terasa ada yg tidak kena. Banyak perkara yg dah berlaku tp tidak dapat dinukilkan krn faktor kekangan masa. Malam nie sblm tidur aku cuba menaip beberapa patah ayat agar dapat dikongsi bersama dgn rakan seperjuangan. Sibuk dgn tugasan rasmi, mengatur urusan majlis perjumpaan dgn rakan sekuliah semasa menuntut di UiTM SA dahulu, mengkaji beberapa teknik2 berkesan utk memasuki pasaran forex yg sgt mencabar telah banyak menggunakan masa harianku. Tapi tak mengapa kerana itu semua ada manafaatnya dimasa hadapan.

Mulai hari ini aku akan kongsikan analisis yg aku cuba praktikkan di dalam trading. Harapanku agar analisis ini akan dapat membantu diriku mendapatkan pip menguntungkan di masa hadapan. Salam perjuangan buat semua.

p/s: InsyaAllah akan ku selitkan trading harianku pada 19-20 Jan 2009 bila berkesempatan.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, January 17, 2009

Diari 17/1

Hari ini seharian aku berjalan dan melupakan forex. Maklum la market tak dibuka. Boleh tenangkan fikiran. Keluar rumah kul 9 pg dan pulang hampir jam 10 mlm. Mmg berjalan sakan. Bawa mak mertua ke lumut. sambil2 tu aku cari tempat sesuai utk program gathering yg dirancang pd 26-27 jan nie. sempena raya cina. rakan2 sepengajian dari rumah sewa no 406 di seksyen 6 shah alam akan berkumpul di lumut. pusing dan tanya kedai2 makan yg sesuai. confirm aku dh booking lunch kat nasi briani ayam madu. cuma dinner je tak confirm lg. kena minta pendapat rakan2 yg lain. tak sangka selepas tamat hampir sepuloh tahun, gathering ini berjaya dijalankan. 7 keluarga dgn jumlah famili 37 orang. masing2 dah ada 3-5 orng anak. mesti meriah nie. :-)

isnin nie sambung lg forex. tak sabar nak tunggu hari tersebut. semoga segala berjalan lancar. ameen... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 16/1

Alhamdulillah... esok ingat nak bawa mak mertua ke Pulau Pangkor. Petang td mak datang dengan adik ipar. Mak hantar Miah, anak mak yg baru lepas SPM belajar kat Shah Alam. Bulan 8 insyaAllah Miah akan ke Indonesia utk sambung Medik. Memang minat dia sangat nak belajar Medik pengkhususan psikologi kanak2. Good luck dik Miah.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 16/1

The following was the result for my trading at midnight. And surprising or not, it was based on my own analysis. Just a little bit gain to cover a huge losses yesterday. Hopefully my track record will continuously approve in the future.

Here it is...

USDJPY (8) pips

GBPJPY 15

USDCAD 9

Fuhh... the feeling is totally different. Since I made all necessary effort to study the pattern and the result was positive, I feel so relief. Thanks Allah for your guidance. Not to forget thanks to my guru miss ran as well. :-)

p/s: Before off line, i open trade 1 pair. i realy frustrated coz i can't handle my feeling. emotionally enter the market is still beyond my control. eventhough the pair close with profit, but i've to struggle till the end to close the pair. i regret with the incident. below is the additional trading:

EURUSD 4 pips

Total gain was 20 pips. Alhamduillah.. :-)


5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, January 16, 2009

Analisis 15/1

As i promise last night, here is the synopsis of my trading yesterday. throughout the result, there is a lot of work should be done in order to master this new skill. thanks to my guru, miss ran who guides me since from the beginning of my journey. i'm really appreciate that.

The results was as follows:

USDCAD 2 pips
USDCHF 23
GBPJPY (73)
USDJPY (240)
EURUSD 23
GBPUSD 20

Jumlah keseluruhan rugi adalah 245 pips. Hari ini adalah pengalaman sangat berguna utk aku memantapkan lagi kebolehan dalam mengawal pengurusan kewangan aku. Jika tidak kerana keinginan yg tinggi utk menutup kerugian yang berlaku, aku mungkin mampu mengurangkan kerugian yg dialami. Tetapi disebabkan oleh perasaan ingin mengurangkan kerugian, aku open trade lagi tanpa analisa yg jitu. Akhirnya bertambah kerugian aku. InsyaAllah pengalaman hari ini akan membimbing aku utk lebih berjaya. Chayok man... :-)


5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 15/1

Malam nie aku tidur lewat. Waiting for my last pair to close. But I think I can't wait anymore. Sleepy already... Tomorrow I have to go to office early in the morning. So, before close I change TS to TP at 20 pips. Currently I lost more than 50 pips. Just wait and pray for tomorrow morning to reverse. Full statement I will detailised tomorrow after receive daily statement from broker. Good night forex. See you tomorrow. :-)

5F - Financial Freedoms For Future Fund

Thursday, January 15, 2009

Diari 15/1

Hari ini agak kelam kabut. forex dah tunjuk perangai dia sebenar. Bagi newbie ia akan jadi kejutan. Silap2 dapat sakit jantung. Kesabaran saya teruji hari nie. Kawalan perasaan amat penting supaya kita tidak hilang arah tujuan. Walaupun pair yang rugi lebih dari pair yg untung, ada perkara yg kita belajar darinya. Saya semakin matang dan semakin memahami dunie forex. Terima kasih utk pelajaran hari ini. InsyaAllah esok kita jumpa lagi forex. :-)

5F - Financial Freedoms For Future Fund

Wednesday, January 14, 2009

Diari 14/1

Hari nie blum masuk trade lg. signal dari cikgu ran blum ada. ingat nak buat analisis sendiri tp blum confident lg. jgn pandai2.... lautan forex jgn diduga. insyaAllah bila ada keyakinan dgn ilmu yg terkumpul, saya akan trade dgn analisis sendiri. :-)

5F - Financial Freedoms For Future Fund

Tuesday, January 13, 2009

Analisis 13/1

Hari nie bz sgt. Tengahari dah tengok signal yang ran bg. Ingat hari nie nak trade semua signal ran. alhamdulillah... dapat masuk semua. Tapi aku terpaksan delete one pair coz margin dh sikit. Tinggal aje 5 pair. The following was the result for the pairs:

GJ 14 pips
GU 4
UF 2
EU 2
UC 0

so, total pips for 2nd day 22pips. less than my target 3o pips/day. anyway it's just the beginning. i'm still on experiment of using TS. nampaknya TS cepat mengena when price reverse. so for 2 days my experiment shown that TS is not good. But 2 days is not significant to make a sound conclusion. Therefore i decide to continue the experiment for the following days. Hopefully i can make conclusion after accumulating 'enough' data from my trading. Anyway thanks miss ran for the signal. :-)

5F - Financial Freedoms For Future Fund

Analisis 12/1

Pagi tadi sebelum pegi kerja TS aku dah terkena bila harga reverse. Alhamdulillah... dapat la 18 pips utk hari pertama. Nampaknya hasrat nak dapatkan lebih dari 20 pips tak berjaya. Lain kali cuba lg. insyaAllah... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 12/1

Salam

Story 1
Semalam aku dah start trading. Guna signal yang ran bagi. Ada 5 signal tapi aku pakai satu je. Masa nak trade dah 4 signal mengena. Lewat sangat aku masuk. Lagipun akaun ciput je. Elok la trade only one pair. Aku pilih USD/JPY. Buy stop at 90.47 and Sell stop 89.63. Sebelum trade tengok nota dulu nak pilih buy/sell stop or buy/sell limit. almaklum la dah lama tinggal kelas. Lupa dah apa yg diajar miss ran. hehehe.... agak lama jgk baru mengena sell stop. aku guna trailing stop 20 pips dan pasang stop loss 100 pips. tunggu punya tunggu dah tgh malam. mata dah ngantuk. aku putuskan nak tido. masa tu loss 23 pips. aku bangun paginya tgk ada profit 38 pips. dengan TS 20 pips maknya aku dah confirm untung 18 pips. aku nak biarkan je. tengok kot2 harga nak turun lg. alhamdulillah.... nanti aku bagitau untung sebenar brapa. :-)

Story 2
Sambil aku tunggu sell stop yg dah mengena nak untung, sblm tido aku cuba buat analisis sendiri. aku buka new chart window for EUR/JPY. Pakai H1. aku tengok chart maintain tak kemana. orang kata side way. ranging at the same price. i draw a line between 121.01 to 120.19. so, by using all the knowledge i acquired during the course with miss ran, i predict that i can use 'speed trap' to get profit. scalping technique... but since one pair has already open and the current situation is loss at 23 pips, so i decided not to open a new pair. and you know what happen when i open the window this morning. the price has drop till minimum 118.63. what a blast... huhuhu. let say if, i said if... i open sell stop 120.19, with TS 20 pips, by God will my account will increase by 136 pips. :-) but i'm not regret. at least i learn something and i have a technique that i can rely on. thanks miss ran.... :-)