Wednesday, February 4, 2009

Diari 3/2 Rayuan ke MRSM/SBP

Seharian aku berada di KL menguruskan rayuan permohonan kemasukkan ke SBP & MRSM. Anak aku teringin sangat ke sana. Jadi sempena cuti jubile perak, aku meluangkan masa bersamanya ke sana. Seawal pagi aku dah bertolak, lebih kurang jam 11 aku dah berada di bangunan MARA jalan raja laut. Serahkan borang kpd en. basir, aku terus ke bawah jumpa dgn Mre. Lps lunch aku menuju ke Putrajaya. Berhenti di MOE kat Presint 1 bangunan E2, hari dah hujan. Terpaksa menapak dlm hujan sbb parking jauh. Naik tingkat 4 untuk hantar surat rayuan SBP. Lepas tu menuju ke Presint 2 ke kementerian keusahawanan dan koperasi. Naik tingkat 15 utk hantar surat rayuan. alhamdulillah slesai.. semoga harapan anak aku tercapai. Sampai rumah hampir kul 10 mlm. Sempat la tengok Hujah kat TV9 dgn tajuk Ke arah sistem 2 parti.

5F - Financial Freedom For Future Fund

No comments:

Post a Comment