Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

New Born


Lupa nak upload gambar baby baru. Anis Humaira adalah anak saudara. Beza lebih kurang sebulan aje. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 16/3

Wah... lamanya tak update blog. lebih sebulan... mcm2 benda nak lapor. tp tak tertulis. hehehe...
forex aku pun tak berapa bagus. sekali sekala trading asyik loss aje. skrg dah kena margin call. hehehe... nampaknya sistem yg aku tengah kaji masih blm aku fahami betul2. tgk member lain guna sistem yg sama tp profitable. maknanya yg bermasalah bukan sistem tp aku sendiri. masih blm mahir... hehehe. tp jgn putus asa. market tetap ada kat situ. aku kena baca balik dan tengok apa yg terlepas pandang. utk makluman, sistem yg aku tengah kaji adalah trading chaos. wiseman 1-3. TRADING IS WAITING...

nnt aku akan kongsi maklumat sistem tu dgn rakan2 yg lain. happy trading... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, March 7, 2009

Diari 7/3

Minggu ini tiada yg istimewa berlaku. Cuma aku sedang melayani pelbagai ebooks bg menambahkan pengetahuan. Lagi banyak yg dibaca lagi terasa betapa ceteknya pengetahuan aku dalam forex. Disini aku nak kongsi satu link dalam forum yg menyediakan banyak ebooks utk disedut. Selamat memorex... :-)

Link: http://elitetraderfx.com/forum/showthread.php?t=198

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, March 2, 2009

Diari 2/3

Hari nie aku jumpa satu lagi blog yg bagus utk dikongsi bersama. nickname dia sugarush. orang pompuan. Dia ada tulis satu ebook yg bagus utk beginner. 180 pages... tak salahkan belajar dgn pompuan. yg penting ilmu tu berkat. :-)

kalau ada sapa2 yg nak ebook tu boleh la bg kat aku email. aku bg free je. sugarush pun dah halalkan utk dikongsi semua. semoga dimurahkan lagi rezeki dia. ameen... :-)

nak tengok blog dia boleh click kat senarai link.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Sunday, March 1, 2009

Diari 1/3

Hari nie aku nak kongsi satu blog yg adik mie bg kat aku. Blognya bagus sbb ada daily forecast. Boleh dijadikan rujukan utk belajar dan open trading. Abg Mat nie org lama. Kalau nak kenal dia boleh hubungi terus dgn telefon. Dia jugak adakan kelas forex. Newbie mcm aku mmg perlukan sangat orang lama mcm abg mat supaya bertambah lg ilmu forex aku. Kalau nak tengok blog dia boleh click kat senarai link aku... moneyadsBlog. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 27, 2009

I'm Back

Hehehe.. Tiru trademark Terminator. I'll be back.

Salam forex buat rakan seperjuangan. macam mana trading terkini? Diharapkan semuanya okay. Keseluruhan trading aku tidak berapa bagus. Tumpuan hilang... good luck to me. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 13, 2009

Diari 13/1 Warded

Hari ini agak sibuk. Dari pagi menguruskan kemasukkan isteriku ke hospital. Ada sedikit komplikasi. Kena masuk hospital hari nie. Lepas scan di klinik Bota, terus hantar ke hospital manjung. Ku harap segalanya dipermudahkan olehNya. Ameen...

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, February 9, 2009

Diari 7/2 A New Strategy

Dengan masalah komputer aku, aku terpaksa merubah strategi trading aku. Kejap ada kejap tak de power dah jadi macam biskut pulak. Terpaksa aku 'jerat' position dengan TP yg rendah kerana aku tak boleh nak monitor sangat pergerakkan harga. Tumpuan aku tidak lagi 100%. Aku kena open position secepat mungkin sebelum komputer padam dan melihatnya kemudian. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku rasa 10 pips sudah memadai.

Salam perjuangan buat rakan2 traders semua. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 6, 2009

Diari 6/2 Nekad

Selepas aku ambil laptop dari kedai, aku nekad utk operate sendiri laptop aku. Memandangkan dah takleh nak repair, kalau repair pun dgn kos yg tinggi, aku cuba teruskan hobi aku sejak kecil iaitu memerhati dan me'repair' barang2 elektrik. Kot2 mana tahu ada benda yg aku sendiri boleh buat. Tapi kalau ikutkan expert dah kata tak boleh, apalah yg terdaya lg aku buat. Tapi memandangkan itu hobi aku sejak kecil, apa salahnya aku nak tengok isi dalam komputer tu.

Bermula dgn bahagian belakang, aku buka skru satu2. RAM, harddisk, wireless card, cd-rom, kipas aku berjaya buka. tak de apapun. Bahagian depan plak aku teroka. Buka keypad, buka skrin LCD, kemudian bahagian paling sukar, motherboard. Makan masa 2 hari jgk la. Maklum la buat masa lapang. Semalam aku perhatikan motherboard tu betul2. Aku buka skru kat tengah, ntah apa benda tapi bersambung dgn blower kat tepi. Macam batang paip pun ada. Lepas tu aku cabut card tu. Ditutupi oleh plastik, siap gam lg. Aku perhati betul2. Laaa.. ada semut halus rupanya. Terlekat dekat plastik. Banyak ekor plak tu. Depan belakang ada. Aku buang semut2 tu sbb aku syak mungkin ada berlaku pintasan kat situ. Lepas buang semua benda, sapu2 dgn berus apa yang patut, siap tiup2 lg (jampi skit), aku pasang balik. Bab nie teruk jugak sbb lupa tadi macam mana buka. Nak pasang jenuh pikir balik. Siap2 pasang tengok ada wayar skrin yg belum disambung. MasyaAllah... tertinggal la plak. Terpaksalah buka balik. Ada beberapa bahagian body yg patah. Kasar sangat kot aku buat. Akhirnya berjaya jugak aku pasang balik. Berdebar jugak aku samada experimen aku nie berjaya ke tak. Bini aku duk usha kat belakang. Siap berdiri jauh2 takut meletup. hahahahaha...

Alhamdulillah... elok balik. Gambar keluar dah cantik. Tak de dah belang2. Apa lagi aku pun buka la MT4. Siap boleh close position lg. Ada satu yg aku tinggalkan masa kat pejabat dalam keadaan open position. Tengok2 dah 37 pips. Agak2 dah ok aku close at 49 pips.

Dalam setengah jam gitu, tiba2 laptop aku terpadam. Laaa... masalah baru plak. auto shut down... pagi nie pun aku try mcm tu jugak. Kena la operate balik. Tak tahu bila nak ok balik nie. Harap2 operation kali ke-2 nie berjaya jugak. Atau ada sapa2 tahu apa masalahnya dgn laptop aku tu? :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, February 5, 2009

Diari 5/2 Sesak Nafas

Saje nak kongsi perasaan aku hari nie. Masa rehat kerja tengahari nie aku rasa sesak nafas jugak bila 5 pairs yg tengah open position dalam keadaan loss. Aku harap market akan reverse ptg nanti. insyaAllah... just get ready to cut loss if the conditions becoming worst. :-)

Wish all traders good luck with your tradings... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 4/2 Laptop Expired

Nampaknya laptop aku x dapat diselamatkan. Semalam tuan kedai bagitau dia tak boleh nak repair lg dah. Bukan masalah virus ttp lebih kpd teknikal. Samada lcd atau motherboard. Dua2 memerlukan kos yg tinggi. Kos repair dalam RM800. Nampaknya aku kena pikirkan alternatif lain jika nak trading kat rumah. Samada repair laptop atau beli PC yg baru. Ini merupakan ujian buat aku yg baru nak berjinak2 dgn forex. Semoga jalanku dipermudahkan olehNya.

Salam perjuangan buat rakan2 traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, February 4, 2009

Diari 3/2 Rayuan ke MRSM/SBP

Seharian aku berada di KL menguruskan rayuan permohonan kemasukkan ke SBP & MRSM. Anak aku teringin sangat ke sana. Jadi sempena cuti jubile perak, aku meluangkan masa bersamanya ke sana. Seawal pagi aku dah bertolak, lebih kurang jam 11 aku dah berada di bangunan MARA jalan raja laut. Serahkan borang kpd en. basir, aku terus ke bawah jumpa dgn Mre. Lps lunch aku menuju ke Putrajaya. Berhenti di MOE kat Presint 1 bangunan E2, hari dah hujan. Terpaksa menapak dlm hujan sbb parking jauh. Naik tingkat 4 untuk hantar surat rayuan SBP. Lepas tu menuju ke Presint 2 ke kementerian keusahawanan dan koperasi. Naik tingkat 15 utk hantar surat rayuan. alhamdulillah slesai.. semoga harapan anak aku tercapai. Sampai rumah hampir kul 10 mlm. Sempat la tengok Hujah kat TV9 dgn tajuk Ke arah sistem 2 parti.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, February 2, 2009

Diari 2/2 Rehat Hujung Minggu

Hujung minggu ku habiskan dgn membaca bahan2 yg ada dalam simpanan. Memandangkan laptop aku masih di ICU, aku tak ada bahan rujukan yg lain. Walaupun telah beberapa kali dibaca namun aku merasakan masih ada yg terlepas pandang. Jadi pengulangan bukanlah satu masalah. Malahan ebook tersebut membolehkan aku lebih memahami dunia forex. Inilah hikmahnya jika tak boleh nak trading. Terpaksa menelaah balik.. hehehe

Haniff ada bertanyakan aku samada aku menggunakan asas teknikal atau fundamental utk trading. Memandangkan aku beberapa kali cuba jawab di cbox tp rejected, rasanya kat sini pun boleh. Sebelum menjawab soalan, pada aku kedua2nya amat penting. Fundamental boleh memberikan impak yg amat besar sekiranya maklumat yg disiarkan sangat relevan dgn pasaran semasa. Jadi kita tidak boleh mengabaikan maklumat semasa malahan perlu sentiasa reactive dan proactive dgn berita yg bakal dikeluarkan. Namun buat masa ini penumpuanku lebih kepada teknikal krn ia juga boleh menjadi panduan membuat keputusan di saat ketiadaan maklumat yg relevan & reliable.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, January 30, 2009

Diari 30/1 Menunggu Berita

Hari ini belum ada apa2 kabar berita dari kedai pc. Nampaknya aku masih lg termenung malam nie. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, January 29, 2009

Diari 28/1 Laptop... :-(

Semalam laptop masih blum ok. member tak boleh nak repair. pagi nie hantar ke kedai jgk. katanya lambat sbb laptop payah skit nak repair. nampak cuti panjang la aku dari aktiviti forex. jemu jgk kalu tak de trading. tapi masa yg terluang nie boleh la aku tambah ilmu dgn membaca. I wish you all good luck in your future trading... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, January 28, 2009

Diari 24-27/1 Gathering

Maaf kpd semua rakan perjuangan. Lama aku tak update krn agak busy dgn gathering dan masalah teknikal.

Gathering:
Alhamdulillah semua yg dirancang berjalan dgn lancar. Rakan2 serumah no 406 seksyen 6 shah alam berkumpul di lumut, perak. Pada 26/1 semua selamat tiba dan check-in di Marina Cove Resort jam 3 pm. Program disusun utk permainan anak2 jam 5 ptg ditangguh esok hari krn masing2 penat. Anak2 pn nampak sronok sgt nak terjun kolam. Jd biar la anak2 main kolam dulu. Bapak2 tumpang sekaki. Jam 8 pm kami dinner di Ikan Bakar Lumut. Ikan geruk2 masak masam manis, tomyam, sotong, udang celup tepung, sayur kailam, buah2an dan fresh oren jd habuan perut. Tempatnya sblh hotel je tp terpaksa guna kereta sbb hujan. Selesai makan hantar anak2 dan isteri ke hotel, kami keluar minum di Lumut. Pekena ABC special. Mmg famous ABC nie kat Lumut Water Front. Masing2 duk kira ingredients yg dimasukkan. Sambil duk bercerita pasal masa lalu. Bila dikira anak2 kami yg 7 keluarga nie dah 19 orang. Sem je yg baru 3 tahun kawin blum ada rezeki anak. Semoga 'usaha' mereka berhasil. Jumpa lg 2 tahun harap2 dia dah bawa anak. Esoknya lps breafast, kami buat sukaneka. Seronok sungguh anak2. Bapak2 & mak2 pn ada game jgk. Bini aku yg tgh sarat tunggu haripun tumpang skaki. Nasib baik tak bersalin kat situ. Check out tgh hari kul 1 kami lunch kat pekan lumut. Fully sponsored by landlord (aku la tu) kat Nasi Briani Ayam Madu. Lepas tu jalan2 kat pekan lumut. Cari ape yg patut utk di bawa balik buat souvenir. Program akhir nak pegi ke Taman Monyet terpaksa dibatalkan sebab hujan. 4 famili balik KL, 1 kedah dan 1 Terengganu. Member yg balik KL eksiden kat Lekir. Dia tertidur katanya. Alhamdulillah famili dia tak ade apa. Cuma kereta honda accord je yg rosak. Kereta baru... nasib boleh jalan lg. Jumpa lg di Terengganu pd pertengahan tahun 2010 insyaAllah. :-)

Masalah Teknikal
24/1 laptop kesayangan aku yg selalu digunakan utk trading bermasalah. Skrin kluar garis putus2. Pertama kali jd mcm nie. Aku syak virus. Apa lg... Nak bukak pn hanya boleh ikut safe mode. tu pun kluar garis putus2 jgk. Aku risau fail2 penting aku hilang. Nasib boleh pakai lg walaupun x brapa nak boleh baca. Aku burn fail2 penting kt dvd. tu pun mana2 yg sempat. Hajat hati nak bawa laptop masa bercuti terpaksa dilupakan. Ingatkan nak trade masa raya cina nnt. sedih jgk sbb terpaksa cuti lama.

Skrg aku kat tempat member. Minta tlg dia tgk ape yg tak kena. Semoga boleh settle ari nie sbb dah lama x online. Terima kasih kpd yg sudi bertanya kabar dan berikan nasihat kat Chat box. Salam forex utk semua.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, January 24, 2009

Diari 23/1

Trading hari Jumaat nie memberikan aku satu pengalaman yg baru. Memandangkan esok dan lusa cuti umum, maka forex market pun agak berbeza pergerakannya. Kadang2 terasa sesak nafas bila semua pair dlm keadaan loss. nasib baiklah masih dpt mengawal perasaan.

The incident happen while the time is nearly at 1.00 am. Everybody seems actively buying and selling their pair before lunch at US. So my pairs have drastically change movement and all pairs shown total losses more than 200 pips. Luckily the price move the other way round in less than 5 minutes. Alhamdulillah nearly all pairs had been close with hansom pips. What a relief... hehehe. After 2pm, the market was too slow. I tried to open a few pair but i lost 2 and had to cancel a few since I was not confident anymore with the market.

Actually it was a great experience. Hopefully I'm able to enrich my knowledge with this exposure. InsyaAllah... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, January 23, 2009

Diari 21/1

Mmg aku agak bz dgn tugasan harian. Tak mampu hendak menulis dalam diari harianku. Sudah 4 hari tertangguh. Tambahan pula dgn kerugian harian yg agak besar membantutkan diri utk duduk dihadapan komputer. Banyak waktu digunakan utk ber'tafakur' memikirkan kesilapan strategi yg perlu diperbetulkan. Dengan bantuan rakan2 saya yakin akan terus ke hadapan. aku tidak ingin menoleh ke belakang lg. Yakin boleh... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, January 21, 2009

Diari 20/1

Tiga hari tak menulis di blog terasa ada yg tidak kena. Banyak perkara yg dah berlaku tp tidak dapat dinukilkan krn faktor kekangan masa. Malam nie sblm tidur aku cuba menaip beberapa patah ayat agar dapat dikongsi bersama dgn rakan seperjuangan. Sibuk dgn tugasan rasmi, mengatur urusan majlis perjumpaan dgn rakan sekuliah semasa menuntut di UiTM SA dahulu, mengkaji beberapa teknik2 berkesan utk memasuki pasaran forex yg sgt mencabar telah banyak menggunakan masa harianku. Tapi tak mengapa kerana itu semua ada manafaatnya dimasa hadapan.

Mulai hari ini aku akan kongsikan analisis yg aku cuba praktikkan di dalam trading. Harapanku agar analisis ini akan dapat membantu diriku mendapatkan pip menguntungkan di masa hadapan. Salam perjuangan buat semua.

p/s: InsyaAllah akan ku selitkan trading harianku pada 19-20 Jan 2009 bila berkesempatan.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, January 17, 2009

Diari 17/1

Hari ini seharian aku berjalan dan melupakan forex. Maklum la market tak dibuka. Boleh tenangkan fikiran. Keluar rumah kul 9 pg dan pulang hampir jam 10 mlm. Mmg berjalan sakan. Bawa mak mertua ke lumut. sambil2 tu aku cari tempat sesuai utk program gathering yg dirancang pd 26-27 jan nie. sempena raya cina. rakan2 sepengajian dari rumah sewa no 406 di seksyen 6 shah alam akan berkumpul di lumut. pusing dan tanya kedai2 makan yg sesuai. confirm aku dh booking lunch kat nasi briani ayam madu. cuma dinner je tak confirm lg. kena minta pendapat rakan2 yg lain. tak sangka selepas tamat hampir sepuloh tahun, gathering ini berjaya dijalankan. 7 keluarga dgn jumlah famili 37 orang. masing2 dah ada 3-5 orng anak. mesti meriah nie. :-)

isnin nie sambung lg forex. tak sabar nak tunggu hari tersebut. semoga segala berjalan lancar. ameen... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund