Hujung minggu ku habiskan dgn membaca bahan2 yg ada dalam simpanan. Memandangkan laptop aku masih di ICU, aku tak ada bahan rujukan yg lain. Walaupun telah beberapa kali dibaca namun aku merasakan masih ada yg terlepas pandang. Jadi pengulangan bukanlah satu masalah. Malahan ebook tersebut membolehkan aku lebih memahami dunia forex. Inilah hikmahnya jika tak boleh nak trading. Terpaksa menelaah balik.. hehehe
Haniff ada bertanyakan aku samada aku menggunakan asas teknikal atau fundamental utk trading. Memandangkan aku beberapa kali cuba jawab di cbox tp rejected, rasanya kat sini pun boleh. Sebelum menjawab soalan, pada aku kedua2nya amat penting. Fundamental boleh memberikan impak yg amat besar sekiranya maklumat yg disiarkan sangat relevan dgn pasaran semasa. Jadi kita tidak boleh mengabaikan maklumat semasa malahan perlu sentiasa reactive dan proactive dgn berita yg bakal dikeluarkan. Namun buat masa ini penumpuanku lebih kepada teknikal krn ia juga boleh menjadi panduan membuat keputusan di saat ketiadaan maklumat yg relevan & reliable.
5F - Financial Freedom For Future Fund
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment