Apabila kita bersedia memasuki pasaran, maka kita kenalah bersedia pulak dgn risiko kerugian. Ada pelbagai cara yg boleh digunakan. Cara yang biasa adalah dengan meletakkan SL. SL ini boleh diletakkan berdasarkan pengalaman masing2. Bagi pair yg sgt aktif spt GU, sebaiknya SL melebihi 50 pips. Pair yang lain boleh la diletakkan 30 pips ke atas.
Walau bagaimanapun ada pelbagai pro and kontra berkenaan SL. Ada trader yang tidak suka meletakkan SL. Namun sekali lagi ia bergantung pada trader itu sendiri. Ini berdasarkan pengalaman masing2. Jalan yang paling selamat bg newbie adalah dgn meletakkan SL apabila open trade. Bagi saya sendiri ketika mula2 trade saya meletakkan SL. Tapi kini saya jarang meletakkan SL krn saya sendiri yg akan mengawal jumlah kerugian saya. Tapi saya akan pastikan saya sentiasa memantau harga semasa. Lebih baik close trade dan rugi skrg daripada mengharapkan keajaiban pasaran utk kembali untung yg belum tentu bila masanya.
Pesanan saya utk diri saya jangan takut berhadapan dengan risiko. Sentiasa bersedia utk close trade sekiranya pasaran tidak menentu walaupun ketika mengalami kerugian.
5F - Financial Freedom For Future Fund
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment