Thursday, April 16, 2009

New Born


Lupa nak upload gambar baby baru. Anis Humaira adalah anak saudara. Beza lebih kurang sebulan aje. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 16/3

Wah... lamanya tak update blog. lebih sebulan... mcm2 benda nak lapor. tp tak tertulis. hehehe...
forex aku pun tak berapa bagus. sekali sekala trading asyik loss aje. skrg dah kena margin call. hehehe... nampaknya sistem yg aku tengah kaji masih blm aku fahami betul2. tgk member lain guna sistem yg sama tp profitable. maknanya yg bermasalah bukan sistem tp aku sendiri. masih blm mahir... hehehe. tp jgn putus asa. market tetap ada kat situ. aku kena baca balik dan tengok apa yg terlepas pandang. utk makluman, sistem yg aku tengah kaji adalah trading chaos. wiseman 1-3. TRADING IS WAITING...

nnt aku akan kongsi maklumat sistem tu dgn rakan2 yg lain. happy trading... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Saturday, March 7, 2009

Diari 7/3

Minggu ini tiada yg istimewa berlaku. Cuma aku sedang melayani pelbagai ebooks bg menambahkan pengetahuan. Lagi banyak yg dibaca lagi terasa betapa ceteknya pengetahuan aku dalam forex. Disini aku nak kongsi satu link dalam forum yg menyediakan banyak ebooks utk disedut. Selamat memorex... :-)

Link: http://elitetraderfx.com/forum/showthread.php?t=198

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, March 2, 2009

Diari 2/3

Hari nie aku jumpa satu lagi blog yg bagus utk dikongsi bersama. nickname dia sugarush. orang pompuan. Dia ada tulis satu ebook yg bagus utk beginner. 180 pages... tak salahkan belajar dgn pompuan. yg penting ilmu tu berkat. :-)

kalau ada sapa2 yg nak ebook tu boleh la bg kat aku email. aku bg free je. sugarush pun dah halalkan utk dikongsi semua. semoga dimurahkan lagi rezeki dia. ameen... :-)

nak tengok blog dia boleh click kat senarai link.

5F - Financial Freedom For Future Fund

Sunday, March 1, 2009

Diari 1/3

Hari nie aku nak kongsi satu blog yg adik mie bg kat aku. Blognya bagus sbb ada daily forecast. Boleh dijadikan rujukan utk belajar dan open trading. Abg Mat nie org lama. Kalau nak kenal dia boleh hubungi terus dgn telefon. Dia jugak adakan kelas forex. Newbie mcm aku mmg perlukan sangat orang lama mcm abg mat supaya bertambah lg ilmu forex aku. Kalau nak tengok blog dia boleh click kat senarai link aku... moneyadsBlog. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 27, 2009

I'm Back

Hehehe.. Tiru trademark Terminator. I'll be back.

Salam forex buat rakan seperjuangan. macam mana trading terkini? Diharapkan semuanya okay. Keseluruhan trading aku tidak berapa bagus. Tumpuan hilang... good luck to me. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 13, 2009

Analisis 12/2

The results were:

EURUSD -64-16
USDCHF -14
EURCHF -16
GBPJPY 4+35
GBPUSD 3+5

Total loss = -63

Semalam harga sebelah petang bergerak agak berlainan. Sebahagian besar matawang utama menurun agak drastik. Harga yg aku pasang jugak tidak mengikut arah yang biasa. Nampaknya aku kerugian secara keseluruhan. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 13/1 Warded

Hari ini agak sibuk. Dari pagi menguruskan kemasukkan isteriku ke hospital. Ada sedikit komplikasi. Kena masuk hospital hari nie. Lepas scan di klinik Bota, terus hantar ke hospital manjung. Ku harap segalanya dipermudahkan olehNya. Ameen...

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, February 12, 2009

Analisis 10/2

Terlupa!!!

GBPJPY 10+11+14= 35
GBPUSD 10
EURUSD 10
EURJPY -25+15= -10

Green pips = 45 and 6/7= 88% success. Alhamdulillah.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 11/2

The results were:

USDCHF 15+14 = 29
EURCHF 15
GBPJPY 1
USDJPY 24-12 = 12
EURJPY 5

Total green pips = 65 pips and 6/7= 86% success. Alhamdulillah.. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Tuesday, February 10, 2009

Analisis 9/2

The results:

USDJPY 10
EURJPY 10+10+10+10 = 40
GBPUSD 10
GBPCHF 10+10+10-55+12+5 = -8
USDCAD -38+5 = -33
EURUSD 10+10 = 20

Total green pips = 29 pips with 14/16= 88% successful trading.

I had came across with the concept of risk reward analysis. But I did not pay attention to the topic. May be because it was not important at all. But after today's analysis, I found that with 88% successful trading, my pips has been eroded with only 12% wrong decision. I hope that I can share this issue in the future. Happy trading traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Monday, February 9, 2009

Diari 7/2 A New Strategy

Dengan masalah komputer aku, aku terpaksa merubah strategi trading aku. Kejap ada kejap tak de power dah jadi macam biskut pulak. Terpaksa aku 'jerat' position dengan TP yg rendah kerana aku tak boleh nak monitor sangat pergerakkan harga. Tumpuan aku tidak lagi 100%. Aku kena open position secepat mungkin sebelum komputer padam dan melihatnya kemudian. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku rasa 10 pips sudah memadai.

Salam perjuangan buat rakan2 traders semua. :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Tips 4: Low Pips High Return

Konsep pelaburan yang biasa digunakan adalah High Risk High Return. Tapi di dalam forex, saya mencadangkan konsep berbeza. Dengan pengurusan kewangan (money management) yang baik, forex boleh menghasilkan extra income yg baik. Saranan saya melalui konsep ini adalah melakukan trading dengan target profit yg sederhana untuk jangkamasa yang panjang. Saya yakin dalam tempoh 2 tahun anda mampu menggandakan pelaburan anda lebih dari 1000%. Target profit yang tinggi dalam trading sukar dicapai. Bersederhana agak mudah untuk digapai. Cuma jangan bermimpi untuk menjadi jutawan dlm masa yg singkat. Sikap ini akan menjadikan anda seorang yg hilang sabar. Greedy akan menyebabkan anda hilang pertimbangan dan melakukan kesilapan dalam trading. Kekalkan momentum keuntungan yang sederhana tapi berpanjangan. InsyaAllah anda boleh berjaya.

Nasihat saya pada diri saya adalah stay at the acceptable low but survive for a long foreseable future. LOW PIPS HIGH RETURN... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Sunday, February 8, 2009

Analisis 6/2

The results were:

USDCAD 29
EURJPY 19+9 = 28
GBPCHF 30

Total profits = 87 pips. Trading results were 100% perfect. Alhamdulillah... :-)

As per last 2 weeks, trading on friday was really unexpected. The trend changed without warning. We should prepare ourself with unbelieveable market. Even I had to hold my breath a few times along the process. God luck traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Friday, February 6, 2009

Analisis 5/2

The results were as follows:

USDJPY -13+2 = -11
GBPCHF 19
EURUSD 9-19 = -10
GBPUSD 15+41 = 56
USDCHF 49
GBPJPY 27

Total green pips was 130. Trading success 7/9= 78%. Alhamdulillah

The price was bounce at 3.30pm. During these period traders from Great Britain started entering the market and Japanese was securing their position. Therefore the numbers of active traders during the interception has increased and reversed the trend. Syukran... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 6/2 Nekad

Selepas aku ambil laptop dari kedai, aku nekad utk operate sendiri laptop aku. Memandangkan dah takleh nak repair, kalau repair pun dgn kos yg tinggi, aku cuba teruskan hobi aku sejak kecil iaitu memerhati dan me'repair' barang2 elektrik. Kot2 mana tahu ada benda yg aku sendiri boleh buat. Tapi kalau ikutkan expert dah kata tak boleh, apalah yg terdaya lg aku buat. Tapi memandangkan itu hobi aku sejak kecil, apa salahnya aku nak tengok isi dalam komputer tu.

Bermula dgn bahagian belakang, aku buka skru satu2. RAM, harddisk, wireless card, cd-rom, kipas aku berjaya buka. tak de apapun. Bahagian depan plak aku teroka. Buka keypad, buka skrin LCD, kemudian bahagian paling sukar, motherboard. Makan masa 2 hari jgk la. Maklum la buat masa lapang. Semalam aku perhatikan motherboard tu betul2. Aku buka skru kat tengah, ntah apa benda tapi bersambung dgn blower kat tepi. Macam batang paip pun ada. Lepas tu aku cabut card tu. Ditutupi oleh plastik, siap gam lg. Aku perhati betul2. Laaa.. ada semut halus rupanya. Terlekat dekat plastik. Banyak ekor plak tu. Depan belakang ada. Aku buang semut2 tu sbb aku syak mungkin ada berlaku pintasan kat situ. Lepas buang semua benda, sapu2 dgn berus apa yang patut, siap tiup2 lg (jampi skit), aku pasang balik. Bab nie teruk jugak sbb lupa tadi macam mana buka. Nak pasang jenuh pikir balik. Siap2 pasang tengok ada wayar skrin yg belum disambung. MasyaAllah... tertinggal la plak. Terpaksalah buka balik. Ada beberapa bahagian body yg patah. Kasar sangat kot aku buat. Akhirnya berjaya jugak aku pasang balik. Berdebar jugak aku samada experimen aku nie berjaya ke tak. Bini aku duk usha kat belakang. Siap berdiri jauh2 takut meletup. hahahahaha...

Alhamdulillah... elok balik. Gambar keluar dah cantik. Tak de dah belang2. Apa lagi aku pun buka la MT4. Siap boleh close position lg. Ada satu yg aku tinggalkan masa kat pejabat dalam keadaan open position. Tengok2 dah 37 pips. Agak2 dah ok aku close at 49 pips.

Dalam setengah jam gitu, tiba2 laptop aku terpadam. Laaa... masalah baru plak. auto shut down... pagi nie pun aku try mcm tu jugak. Kena la operate balik. Tak tahu bila nak ok balik nie. Harap2 operation kali ke-2 nie berjaya jugak. Atau ada sapa2 tahu apa masalahnya dgn laptop aku tu? :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Thursday, February 5, 2009

Diari 5/2 Sesak Nafas

Saje nak kongsi perasaan aku hari nie. Masa rehat kerja tengahari nie aku rasa sesak nafas jugak bila 5 pairs yg tengah open position dalam keadaan loss. Aku harap market akan reverse ptg nanti. insyaAllah... just get ready to cut loss if the conditions becoming worst. :-)

Wish all traders good luck with your tradings... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Analisis 4/2

Results for the tradings were as follows:

EURUSD 2+62-48+25 = 41
USDJPY 3
GBPCHF -11
GBPUSD 38+4 = 42
GBPJPY -54+7+6 = -41

Overall results was a green pips of 34, successful trading was 8/11=73%.

GBPJPY is always difficult to predict. The movement level always too fast and traders should carefully study and take precautious action against the movement. Willingness to cut losses is necessary when the time is due. I had to cut loss on 2 pairs which were EURUSD -48 and GBPJPY -54 when the market was out of control. You must have courage and determination to complete the process. I did... :-)


5F - Financial Freedom For Future Fund

Diari 4/2 Laptop Expired

Nampaknya laptop aku x dapat diselamatkan. Semalam tuan kedai bagitau dia tak boleh nak repair lg dah. Bukan masalah virus ttp lebih kpd teknikal. Samada lcd atau motherboard. Dua2 memerlukan kos yg tinggi. Kos repair dalam RM800. Nampaknya aku kena pikirkan alternatif lain jika nak trading kat rumah. Samada repair laptop atau beli PC yg baru. Ini merupakan ujian buat aku yg baru nak berjinak2 dgn forex. Semoga jalanku dipermudahkan olehNya.

Salam perjuangan buat rakan2 traders... :-)

5F - Financial Freedom For Future Fund

Wednesday, February 4, 2009

Diari 3/2 Rayuan ke MRSM/SBP

Seharian aku berada di KL menguruskan rayuan permohonan kemasukkan ke SBP & MRSM. Anak aku teringin sangat ke sana. Jadi sempena cuti jubile perak, aku meluangkan masa bersamanya ke sana. Seawal pagi aku dah bertolak, lebih kurang jam 11 aku dah berada di bangunan MARA jalan raja laut. Serahkan borang kpd en. basir, aku terus ke bawah jumpa dgn Mre. Lps lunch aku menuju ke Putrajaya. Berhenti di MOE kat Presint 1 bangunan E2, hari dah hujan. Terpaksa menapak dlm hujan sbb parking jauh. Naik tingkat 4 untuk hantar surat rayuan SBP. Lepas tu menuju ke Presint 2 ke kementerian keusahawanan dan koperasi. Naik tingkat 15 utk hantar surat rayuan. alhamdulillah slesai.. semoga harapan anak aku tercapai. Sampai rumah hampir kul 10 mlm. Sempat la tengok Hujah kat TV9 dgn tajuk Ke arah sistem 2 parti.

5F - Financial Freedom For Future Fund